Saturday, March 2, 2013

KERINDUAN...





Assalamualaikum.

I'm Back. 2013..saya kembali ke dunia maya. Menghilang secara tiba-tiba,disebabkan urusan-urusan peribadi yang perlu diselesaikan, dan atas nama tanggungjawab. Ewaaahhhh. Dont worry, Still single.. Haha. Tetiba kan?. Sepinya jejari ini dari papan kekunci dan menjelajah ke alam maya, sesepi itu juga diri ini dari berhubungan dengan internet. Perghhh. Mula-mula terasa amat kekok sekali. Bak kata pepatah "alah bisa,tegal biasa". Lama kelamaan, terbiasa dunia tanpa internet. Tidak kusut memikirkan apa yang baru sahaja dibaca, sama ada bahan gossip ,ilmiah, atau kata-kata hikmah? Errrk???

Jemari ini juga seperti kekok untuk membariskan ayat-ayat,seperti mana kebiasaan sebelum ini. Rindu untuk membaca rencah hidup blogger lain, rindu sangat, penuh dengan suka duka..dan segala macam perkongsian ilmu dari kalian. Mungkin diri ini juga bakal menyepi sekali lagi atau mungkin berhenti dari menjadi seorang blogger. Ye laa.. blogger part time katakan. Bila-bila masa jer boleh resign. *Poyo*

Perlahan-lahan akan ku cuba menjengah kalian yang selalu memberi sokongan. Hewhew.. Rindu nak tengok and baca entri kak wahida yang penuh dengan makanan!. Haha..

 *tq yang sudi wish mybirthday, sgt menghargainya :) take care all.


LIKE klu suka, tq :))

Wednesday, November 7, 2012

.I'm back.

Assalamualaikum.

Dekat sebulan jugak belog kesayangan ni diabaikan,terbiar..kesian.. huhu. Hope korang semua sihat-sihat hendakNYA.Ditambah dengan cuaca yang hujan ,jagalah kesihatan anda ! :) Nak update belog asyik tertunda je.Masa tidak mengizinkan. Konon-kononnya :P

Lepas tu,berBW pun dah jarang sangat,macam takde je. Hikhik. Okay,now i'm back, jika mempunyai kelapangan masa saya akan menziarahi belog kalian. JIKA. jika teringat tentang dikau... *mellygoeslaw tetiba*

Isnin hari tu sempat masak aglio olio for breakfast. Hamboi.. omputih sangat tekak.. Haha. saje,lama tak makan kan?

Mempersembahkan aglio olio yang dah selamat masuk perut. hikss.



lagi satu, tart nenas.. ni kawan mak yang bagi


Sedap. Nak lagi. ahaaaa. Sayangnya tak pandai buat tart nenas. Next time la cuba kalau rajin.cuba belajar.
Heee~


Akhir kata, *macam speech* Good Luck untuk candidates SPM semua. Do the best.



LIKE klu suka, tq :))

Tuesday, October 9, 2012

.[RESEPI]: Puding Jagung Kastad.

Assalamualaikum.


Hello semorang, thanks kat korang sebab still singgah blog ni. *perasan* Thanks yang tinggalkan latest komen, yang komen entry lama. dan thanks dekat awak.. Hi, Marya Hana thanks follow belog kite eh.. *gosok2 mata*

Pheww..dekat 2 weeks belog ni diabaikan.Apa ada hal kan?. Blogging ni secara part time je pun *pun boleh* Rasa liat nak update belog bila dah lama tinggalkan erk. Idea yang konon-kononnya mencurah-curah tiba-tiba jammed, tersumbat dek kerana lupa makan kismis yang ayah beli. *Hishh2*


Oh ye,mari kita usha puding jagung kastad yang telah menjadik dibuat setelah berhempas pulas sehari semalam untuk menyiapkannya *hiperbola* Hehehe




Tadaaa... ni lah hasilnya yang tak seberapa tu. huk3.


Bahan-bahan:

* 1 cawan tepung kastad
* 1 cawan jagung manis

* 3/4 cawan gula

* 3 cawan air

* 1 1/2 cawan susu cair
* 1 sudu besar majerin
* sedikit esen vanilla *fyqa tambah :) *


Cara membuatnya:

Campur tepung kastad,jagung manis,gula,esen vanilla,air,dan susu cair ke dalam periuk kacau rata, kemudian masak diatas api, kacau hingga pekat dan boleh tambah majerin.

Angkat dan sejukkan didalam loyang. Boleh juga di sejukkan didalam peti sejuk. :)


Selamat mencuba uolls..


Resepi asal: HaSue


Sapa-sapa nak memfollow kita di twitter boleh gak.. ehee klik sini


LIKE klu suka, tq :))

Monday, September 24, 2012

.After 1 year.

Assalamualaikum.

Semakin blog ditinggalkan,semakin liatlah nak mengupdate *macam hipotesis tak?* Haha. Okay. Sekarang nak citer ni, kalau ada yang sudi membaca thanks sangat. Jangan lupa tinggal komen,boleh lah kita terjah blog hampa balik. *bajet hot konon*

Beberapa hari lepas, fyqa meet sorang sahabat lama, lama tau sangat tidak ketemu. Hampir setahun. Rindu katanya. Haha. Tak rancang pun,sehari sebelum je..tetiba eh, confirmlah. Confirm,so kite meet together.

Beliau sibuk sangat nak makan Popeyes. Okay,ikut je. Sebab tak pernah makan sebelum ni. *kesian gila* 
Korang confirm dah banyak kali makan kan? Haha. Hurmm. Boleh tahanlah, Berapa bintang nak bagi erk? Hewhew. Tapi dia punya mashed potato sedap okay. Hikss. Nampak apa aku cuba sampaikan? 


mine?. Iye, mashed potato tu je favourite  opsss. hehe


lovely friend,Nur. Dia yg punya :)



Ape pendapat korang yang dah pernah try popeyes ni? Sedap ke tidak? hewhew. 


follow twitter kalau sudi :) 


LIKE klu suka, tq :))

Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday #22

Assalamualaikum.


*jiran bagi*bila nak belajar buat ni?*

LIKE klu suka, tq :))

Tuesday, September 18, 2012

.Jom simpan duit raya.

Assalamualaikum. 

Rindu nya nak berblogging secara konsisten.Bila dah lama dibiarkan semakin liat jari jemari mengetuk papan kekunci mencari idea yang macam biskut chipsmore..lagi sedap ditambah bersama kacang hazel. Ohh. Sedapnya!. Hahaha.

Petang tadi, petang lah kan..lepas zohor..*dah kenapa aku* pegi ke bank islam kejap. Motif, motifnye? Simpan duit sikit. Haha. Parents punya duit pun.. *tolong simpan aje* LOL. Lepas tu kan.. mak haihhh. Ramainya.. tengok nombor, ahh,kejap je lagi, banyak kau punya kejap..

**Actually pegi tabung haji, kenapa aku selalu konpius tabung haji dengan bank islam taktau lah. haha.  Thank kat  pemilik blog Crew Fathi http://www.crewfathi.com/ sebab mention pasal tabung haji ni. Kalau tak konpem ayah aku kecik hati kan kalau beliau baca belog ni..orang kata Tabung Haji.. dia bank islam. haha.. bank islam tu, aku pi amek duit la.. bayar sket hutang ptptn.. huwaaaaaaaa... byk utang mehh..  


*gambar google, malas nak ambik gambar*hehehe

Mana taknya, lepas raya kan..bebudak pun ramai ikut parents, bukak akaun bank la.. sorang je parent bukak kan untuk anak dua ke tiga orang ke empat. *Eheh overpulak! So, lama lah jadiknye.. 

Saje nak bagitau dengan korang, bukan nak menunjuk simpan duit ke hape..cuba bayangkan..kalau kecil-kecil lagi dah parents ajar menyimpan, bila dah besar.. menjamin hidup uolls, at least ada simpanan.. bukan untuk di joli disana sini ye.. Kita tak tahu apa akan jadik dimasa hadapan. Ye dak?



Bebudak tu simpan bukan macam aku seploh hengget. APTB!.. seratus dua.. tiga maybe? Ghasak la.. Haha.. Dulu boleh la simpan masa kecik guna duit parents, sekarang pandai-pandailah la ye. hewhew..

Jom sama-sama kita mula dari sekarang. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. :)


LIKE klu suka, tq :))

Saturday, September 15, 2012

.Breakfast.

Assalamualaikum.




*gambar penyeri*


Belog berhabuk dek kerana kebizian melanda. Uhuk3. *terbatuk tiup habuk. Hari ni nak cerita pasal breakfast. Mungkin dah lambat, nak masuk tengahari.. hekhek..

Korang biasa ambik breakfast tak? Biasa makan apa je?. Fyqa selalu makan ringan-ringan je kalau kat rumah, macam biskut ataupun roti,kuih-muih ke tapi kalau weekend, semua ada kat rumah, barulah makan mee goreng, nasi lemak or roti canai. 

Kalau nak keluar ke, berjalan jauh sikit pagi tu, haa pagi-pagi lepas subuh aje, mesti mak dah tanak tasik dulu, takpun kalau rajin fyqa la, kol 12 malam tu..moh tanak nasi. Relevan lagi ke guna perkataan Menanak Nasi? Haha.




Bukan suruh makan sepinggan macam lunch,sikit dah ler, buat alas perut. So, takde la perut berbunyi keroncong atau tarian K-POP. Aman aje bila dah makan. Maybe ada yang tak boleh makan pagi-pagi, tak sempat la.. sempat je kalau nak sebenarnya, biasakan bangun pagi, tu aje.. *ewahh ko fyqa!

Lagipun breakfast bagi tenaga, senang sikit nak bergerak.Takde la rasa takde mood aje. Ye dak. Setuju tal?

Selalu gak kawan-kawan tanya, boleh ko eh, sempat plak ko makan.. adehh. bangun subuh ler, bukan pukul 8 baru nak bangun nak masak.. *takde la nak cakap macam tu, Kesian *monolog*

Takpun jangan lupa minum susu, susu baik tau untuk kesihatan tulang, ni dah berapa lama skip susu, sebab mungkin minta tukaq jenama ! *Haha. Dah berkurun sebenarnya guna Jenama Y tu.. *rahsia* Guna sejak zaman kecik-kecik ribena.

Okay done cerita pasal breakfast. Jumpa next entry.


LIKE klu suka, tq :))

.TAJAAN OHSEM.